Saturday 8 September 2012

Wow..Ada Kuiz...Mari Kita Cuba...
Jawab sama-sama dengan cikgu ya :)

(1) Apakah susunan yang BETUL bagi peringkat kitar hidup rama-rama?

     [A] Telur, Pupa, Rama-rama dewasa, Beluncas
     [B] Telur, Beluncas, Rama-rama dewasa. Pupa
     [C] Telur, Beluncas, Pupa, Rama-rama dewasa
     [D] Telur, Rama-rama dewasa, Beluncas, Pupa

(2) Dalam kitar hidup katak, berudu berkaki tinggal

     [A] di dalam air
     [B] di atas darat
     [C] di dalam air dan di atas darat
     [D] di celah-celah batu

(3) Yang manakah mempunyai kitar hidup yang sama seperti rama-rama?

          P   Katak
          Q   Lebah
          R   Lalat
     [A] P sahaja
     [B] P dan Q sahaja
     [C] P dan R sahaja
     [D] Q dan R sahaja

(4) Ibu ayam mengeram telur untuk

     [A] melindungi telur daripada dimakan musuh
     [B] memastikan telur sentiasa panas 
     [C] melindungi telur daripada pecah
     [D] memastikan telur sentiasa segar

(5) Nyamuk Aedes bertelur di dalam

     [A] air bersih yang bertakung
     [B] air bersih yang mengalir ke sungai
     [C] air kotor yang bertakung
     [D] air kotor yang mengalir ke sungai

(6) Dalam kitar hidup, peringkat dewasa juga dikenali sebagai

     [A] peringkat induk
     [B] peringkat akhir 
     [C] peringkat imago
     [D] peringkat dewasa

(7) Pernyataan yang manakah TEPAT mengenai kitar hidup katak.

     [A] kaki belakang berudu tumbuh dahulu
     [B] katak bertelur di atas permukaan air
     [C] kaki hadapan berudu tumbuh dahulu
     [D] katak menjaga anaknya selepas dilahirkan

(8) Yang manakah mempunyai kitar hidup yang sama seperti ayam?

          X    Itik
          Y     Burung hantu
          Z     Lalat
     [A] X sahaja
     [B] X dan Y sahaja
     [C] Y dan Z sahaja
     [D] X dan Z sahaja

(9) Nyamuk Aedes dewasa boleh membawa penyakit

     [A] demam panas
     [B] cirit-birit
     [C] gatal pada kulit
     [D] demam denggi

(10) Apakah kepentingan kitar hidup kepada haiwan?

     [A] menjadikan haiwan lebih kuat
     [B] melindungi haiwan daripada bahaya
     [C] membolehkan haiwan bergerak lebih laju
     [D] mengelakkan haiwan pupus

Tahniah kerana dapat menjawab dengan betul...
Jika salah, cuba lagi~



:napawaJ
A.5,B.4,D.3,A.2.,C.1
C.10,D.9,B.8,A.7,C.6

No comments:

Post a Comment