Thursday, 22 November 2012

Tajuk Hari Ini..
HIDUPAN MEMPUNYAI KEPERLUAN ASAS

sebagai manusia, kita perlukan 4 keperluan asas ni untuk hidup..apa tu?

  • makanan
  • air
  • udara
  • tempat perlindungan
kenapa makanan diperlukan?
Burger.
Jangan makan banyak ya~
  1. makanan memberi tenaga kepada kita untuk berjalan, berlari, bermain & membuat kerja
  2. kanak-kanak dan remaja perlukan lebih banyak makanan berbanding orang dewasa
  3. kita perlu makan makanan yang seimbang

Monday, 10 September 2012

   
                                   JOM KITA BELAJAR...

   KITAR HIDUP HAIWAN
   ("LIFE CYCLE OF ANIMALS")

   Mari Kita Nyanyi Sama-sama....

Dari Ulat Jadi Kepompong,
Hidup Ia Dalam Kelongsong,
Sampai Masa Kepompong Pecah...
Ponggg~
Jadilah Rama-rama yang Indah...


Rama-rama Terbang Merata,
Hisap Madu di Taman Bunga,
Sungguh Cantik Warna Berseri,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama...


Saturday, 8 September 2012

PEMBIAKAN HAIWAN ~ KITAR HIDUP HAIWAN

# Haiwan melalui peringkat hidup yang berbeza dalam hidupnya...
# Dalam kitar hidup, anak haiwan membesar melalui beberapa peringkat sebelum menjadi dewasa...
* Setiap haiwan mempunyai kitar hidup yang berbeza...


Jom Kita Belajar....
(a) Kisah Si Rama-rama... 
      [Kitar Hidup Rama-rama] ("Life cycle of a butterfly")]

Mari kita lihat video ni...
video

Dah tengok video, mari kita belajar tentang kitar hidup rama-rama:-
Klik pada Gambar 1 ya :)
Gambar 1

(b) Kisah "Chicky" Si Anak Ayam...
      [Kitar Hidup Ayam] ("Life cycle of a chicken")]


Mari kita baca tentang kitar hidup ayam:-
Klik pada Gambar 2 ya :)
Gambar 2

(c) Kisah Si Putera Katak...
      [Kitar Hidup Katak] ("Life cycle of a frog")]

Mari kita lihat video ni...
video

Mari kita lihat tentang kitar hidup katak:-
Klik pada Gambar 3 ya :)
Gambar 3


(d) Kisah Aedes Si Nyamuk Licik...
     [Kitar Hidup Nyamuk ("Life cycle of a mosquito")]

Mari kita tengok tentang kitar hidup nyamuk:-
Klik pada Gambar 4 ya :)
Gambar 4



$ Kenapa haiwan perlu ada kitar hidup penting???
          (1) memastikan haiwan itu sentiasa ada
          (2) menghasilkan anak yang baru dengan membiak
          (3) mengelakkan haiwan itu pupus

$ Apa yang akan terjadi jika haiwan tidak membiak dan tiada kitar hidup???
          (1) bilangan haiwan akan berkurang
          (2) haiwan akan pupus
          (3) manusia tidak lagi dapat makan daging haiwan 
                seperti ayam, ikan, kambing dan
                sebagainya

Dah tahu semuanya? Apa kata kita jawab kuiz? Nak???
Wow..Ada Kuiz...Mari Kita Cuba...
Jawab sama-sama dengan cikgu ya :)

(1) Apakah susunan yang BETUL bagi peringkat kitar hidup rama-rama?

     [A] Telur, Pupa, Rama-rama dewasa, Beluncas
     [B] Telur, Beluncas, Rama-rama dewasa. Pupa
     [C] Telur, Beluncas, Pupa, Rama-rama dewasa
     [D] Telur, Rama-rama dewasa, Beluncas, Pupa

(2) Dalam kitar hidup katak, berudu berkaki tinggal

     [A] di dalam air
     [B] di atas darat
     [C] di dalam air dan di atas darat
     [D] di celah-celah batu

(3) Yang manakah mempunyai kitar hidup yang sama seperti rama-rama?

          P   Katak
          Q   Lebah
          R   Lalat
     [A] P sahaja
     [B] P dan Q sahaja
     [C] P dan R sahaja
     [D] Q dan R sahaja

(4) Ibu ayam mengeram telur untuk

     [A] melindungi telur daripada dimakan musuh
     [B] memastikan telur sentiasa panas 
     [C] melindungi telur daripada pecah
     [D] memastikan telur sentiasa segar

(5) Nyamuk Aedes bertelur di dalam

     [A] air bersih yang bertakung
     [B] air bersih yang mengalir ke sungai
     [C] air kotor yang bertakung
     [D] air kotor yang mengalir ke sungai

(6) Dalam kitar hidup, peringkat dewasa juga dikenali sebagai

     [A] peringkat induk
     [B] peringkat akhir 
     [C] peringkat imago
     [D] peringkat dewasa

(7) Pernyataan yang manakah TEPAT mengenai kitar hidup katak.

     [A] kaki belakang berudu tumbuh dahulu
     [B] katak bertelur di atas permukaan air
     [C] kaki hadapan berudu tumbuh dahulu
     [D] katak menjaga anaknya selepas dilahirkan

(8) Yang manakah mempunyai kitar hidup yang sama seperti ayam?

          X    Itik
          Y     Burung hantu
          Z     Lalat
     [A] X sahaja
     [B] X dan Y sahaja
     [C] Y dan Z sahaja
     [D] X dan Z sahaja

(9) Nyamuk Aedes dewasa boleh membawa penyakit

     [A] demam panas
     [B] cirit-birit
     [C] gatal pada kulit
     [D] demam denggi

(10) Apakah kepentingan kitar hidup kepada haiwan?

     [A] menjadikan haiwan lebih kuat
     [B] melindungi haiwan daripada bahaya
     [C] membolehkan haiwan bergerak lebih laju
     [D] mengelakkan haiwan pupus

Tahniah kerana dapat menjawab dengan betul...
Jika salah, cuba lagi~



:napawaJ
A.5,B.4,D.3,A.2.,C.1
C.10,D.9,B.8,A.7,C.6

Friday, 7 September 2012


Dah jawab kuiz? Mari kita buat origami..

Nak? Senang je ni~ 

Buat sama-sama dengan cikgu ya :)


(a) Origami "Froggy" Si Katak Hijau~



  1. Asas origami, lipat kertas membentuk segitiga.
  2. Kertas tersebut dilipat kepada dua-dua belah, untuk menampakkan garisan apabila dibuka.
  3. Lipat kertas mengikut garisan seperti ini.
  4. Lipat kertas le bahagian atas.
  5. Lipat ke dua-dua belah.
  6. Lipat lagi sekali kertas sebegini.
7. Lipat kedua-dua belah. Siap bahagian kaki depan.
8. Terbalikkan kertas tadi.
9. Lipatkan kertas tersebut dari kanan ke kiri.
10. Buka kembali kertas yang dilipat tadi, dan akan membentuk satu garisan di tengah.
11. Lipat kertas dari bahagian kanan dahulu ke garisan tadi.
12. Lipat kertas dari bahagian kiri pula ke garisan yang sama, menjadi begini.

13. Terbalikkan lagi sekali kertas tersebut.
14. Lipatkan kertas dari bawah ke atas.
15. Lipat lagi kertas tersebut dari atas ke bawah pula menjadi begini.
16. Lagi sekali terbalikkan kertas tersebut.
17. Haaa, apa lagi lukis la apa-apa yang patut kat badan katak tu... Ha kalau nak main lompat-lompat katak pun boleh juga, tekan bahagian hujung tu...

Tuesday, 7 August 2012


(b) Origami "Chicky" Si Anak Ayam~

Langkah - Langkah Cara Membuat Origami Wajah Anak Ayam

1. Buat lipatan utama secara diagonal dan vertikal sesuai dengan arah panah seperti gambar di samping.


2. Buat kembali lipatan vertikal di bawah lipatan utama lihat gambar di samping.

3. Buat kembali lipatan secara vertikal di bawah lipatan utama dan di atas lipatan pada no. 2

4. Buat lipatan dari bekas lipatan yang dibuat pada no. 2. arah lipatan sesuai dengan arah anak panah.

5. Setelah jadi maka terbalikkan bahagian belakang menjadi bahagian muka.

6. Lipat bahagian atas kerta origami sesuai dengan arah panah pada gambar di samping.

7. Lipat ke arah atas atau sesuai dengan arah anak panah.

8. Buat lipatan tepat pada garis dot (putus-putus) pada bahagian sisi kanan dan sisi kiri jarak paksi simetri.

9. Jika langkah pada no. 8 berhasil maka akan tampak pada gambar di samping, setelah itu terbalikkan bahagian belakang supaya menjadi bahagian muka. >>> cara membuat origami wajah anak ayam selesai . kemudian tambahkan gambar mata untuk melengkapinya maka akan tampak seperti gambar di bawah ini.